Friday 9 March 2012

Selamat Tinggal Sayang...

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia....

selamat tinggal sayang....
wuuuu,,,lek lu... aku tak kan tinggalkan belog ni lagi....heee,

setiap yang datang mesti akan pergi,
setiap pertemuan mesti akan ada perpisahan,
setiap yang hidup mesti akan mati,
cuma yang menentukan masanya saja,
sejak beberapa hari ni,
henset aku yang terlalu mahai tu terima mesej,
"weh, mak kawan kita dah tak da,,,,"
"ayah aku meninggal, aku tak p skola"
"sahabat kita dah kembali ke rahmatullah"
haaa,,,, lebih kurang macam tu la,
bila di pikirkan balik,
ajal itu tak mengenal siapa,
tak mengenal waktu,
tak mengenal jantina,
dan dia tak kisah,
apa yang kita tengah buat,
hang bawak keta ka,
hang tengah baca quran ka,
mandi ka, bila dia nak ambik, dia ambik ja.
and by that,,,
terlintas di fikiran aku,
kalaulah kita yang di ambil ajal,
cukupkah amal kita?
banyakkah pahala kita?
macam mana kalau kita tak sempat nak mintak maaf kat orang sekeliling kita,?
bagaimana keadaan kita di alam sana?
semuanya tak terjangkau di akal fikiran kita....
so, bagi kita yang masih ada masa yang tak tahu berapa lama tempohnya,
manfaatkanlah sebaiknya,
peringatan buat diriku jugak
kita selalu lupa, alpa dan lalai...
maka, tingkatkanlah amalan kita,
aku tau istiqamah tu sesuatu yang sangat susah untuk dicapai bagi kita yang sering diuliti kesibukan dunia ni...

dan, untuk sesiapa yang kehilangan keluarga tersayang, insan tersayang, sahabat,
redha kita yang diperlukan, memang susah,
orang yang sudah tiada tak bermakna kita harus lupakan dia,
tak bermakna kita harus hilangkan bayangannya dalam hati kita,
tapi ianya sebagai kenangan dalam hati kita,
jadikan ia sebagai kenangan masam manis kita,
dia tetap berada di hati kita,
selamanya....
hadapi dengan senyuman...
kadang-kadang kita senyum supaya orang lain tak risaukan kita dan untuk mengubati hati kita

setiap yang datang dariNya pasti akan kembali kepadaNya...

Tuesday 6 March 2012

merepek kerepek


dia buat suatu perkara
yang tidak pandai
namun dia sorang yang pandai
daku tidak tahu mengapa?
mengapa kau tak terima pandanganku?
mengapa kau jadi begitu?
bawa payung masuk laut
sesuatu yang logik,
hujan menyelubungi diri,
basah hati ini,
keringkanlah hatiku,
kerana aku mengharap pelangi bukan monochromatid,
muncul dihatiku, aku tahu
ia akan datang dan pergi
hanya kau...

?????
dalamilah maksud tulisanku yang maksudnya belum dihurai... heee

bersama kesulitan ada kemudahan,
kawan aku yang cakap, si dia yang mengungkapkan kata ini seorang yang diam2 berisi...
si dia yang kecik,,,(macamla aku besaq sangat. heee),
masa tu aku masih tak faham dalam situasi yang sebenar apa maksud tersirat ungkapan itu,
namun sekarang, aku faham sefahamnya,
aku berada dalam kesulitan,
setiap masalah yang kita hadapi mesti ada hikmah disebaliknya,
cuma cara kita handle masalah tu yang berbeza pada setiap insan yang bergelar manusia.
bagi aku, hadapi dengan senyuman.(tagline tuuu...)
memang ada sesetengah manusia cakap " hang cakap bolehla. aku yang tanggung masalah ni"....
memang. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
aku pun mula-mula tak dapat terima kenyataan jugak benda ni menimpa aku.
out of blue, masalah muncul depan aku. tak boleh nak halau."kenapa tiba-tiba ja jadi camni? apa salah aku? kat mana aku silap?why?" haaaa, buat aku tertanya-tanya jugaklah pada awalnya...
but then,,,
dari masalah tu aku dapat lihat apa kesannya...
and, aku ambik kesan tu sebagai sebuah faedah pada aku,
ya, mungkin akan ada orang berkata aku berubah, but aku berubah kepada kebaikan, ceeeewwwah! harap-harap baik sungguh-sungguh la aku neh! heee....
diri kita tak siapa dapat baca dalaman kita, hati kita, kecuali pencipta kita, Allah s.w.t
so, masalah yang datang menyapa kita,
kita hadapinya dengan senyuman,
jangan menangis kerna ia telah berlaku, tapi senyumlah kerna ia berlaku.
pengalaman guru terbaik untuk kembara hidup kita....
GAMBATE!!!